Followers

Thursday, January 28, 2010

takde kerja~~

so pagi nie macam biase bangun pagi2..siap kan barang2 Fazreal tuk dibawa ke rumah Opahnyer..sementara menunggu En.Hubby bersiap aku dengan takde kerja nyer..telah men'snap' picture di pagi hari...hihi..takde koje la mak cik nie..





inilah kerja yang tak berfaedah aku...hoho..ermm...sebenar pepagi aku mmg suke sangat mengendap kat tingkap tu..hihi..ini ler yang biase aku tengok pepagi..(sebenarnyer aku takde idea nak tulis..hihi)

Wednesday, January 27, 2010

penat~~~

hari nie da masuk 3 hari berturut-turut aku hantar Fazreal kat rumah my MIL..letih la jgak..psl terpakse bangun awal..1st pergi rumah MIL dulu hantar Fazreal...pepagi da exercise naik tangga rumah MIL tu kat tingkat 5..relax2 jap..then aku trus pergi dari rumah MIL naik motor..awal2 lagi kami da parking motor kat rumah MIL supaya senang kami nak g kerja dari sana..kalau naik kereta gak jawabnyer bankrup dan sakit pinggang..bankrup pasal minyak..sakit pinggang pasal lama sangat dok dalam kereta pasal jamm..paham2 la jamm sekarang dari puchong nak ker PJ..pengsan aku dok dalam kereta lama2..


sampai tempat kerja...hah buat kerja la(buat ker?)hihi...kalau warranty masuk banyak jawabnyer fenin la kepala aku nie nak menghadap semua motherboard tu...tu belum termasuk yang baru balik dari Taiwan..haihhhss..


so tepat2 kul 6 aku cabutla..dok lame2 pun bukan ada OT ..balik trus g rumah MIL amik Fazreal sekali lagi sesi panjat memanjat.. itu baru rumah MIL aku ..kalau lif kat rumah aku rosak hah lagi bertambah sesi panjat memanjat ke tingkat 8 lak..kalau tiap2 hati cengini ..slim la aku..hihi..sekian,Trimas..

Monday, January 25, 2010

Jolok Mulut Sampai Muntah~~

hihi..da berape hari aku x mengupdate blog aku...sapu sikit habuk-habuk nie..hihi...so cam biase minggu lepas takde sangat aktiviti menarik...hari minggu just duduk rumah jer...so hari ini aku dengan dengan En.Hubby terpaksa keluar awal..hihih..kena tukar penjaga Fazreal buat sementara waktu...so kami decide hantar Fazreal kat rumah my MIL...kalau ikut aku pun tak mahu la susah kan MIL aku tu..tapi nasib baik aku ade 2 orang adik ipar yang boleh la tolong tengok2kan C Fazreal tu..semalam aktiviti hanya tido..krohhh2 berdua dengan C Fazreal..kul 5 die bangun aku terus mandi kan die buat susu..pastu main2 dengan Fazreal sekejap..sekarang Fazreal ade Tabiat baru..suka  hisap jari die kadang bukan setakat hisap jari jer..die jolok tekak die tu sampai termuntah-muntah di buat nyer...hihi...aku tak kasi isap jari die marah..last2 aku bagai pacifier..tapi kadang pacifier pun da tak jalan..pasal jari lagi sodap..hahhaa


tengok tu die tengah isap ibu jari die..


hah..isap jari telunjuk lak...


haippp!! tak mohh...yek yekk..

Tuesday, January 19, 2010

Mummy,Fazreal dan Daddy~~~


Taman Komuniti Cyberjaya...


Fazreal dengan Mummy..asal la rambut mummy nie..haiyaaa~~

Fazreal dengan Daddy...Fly Away~~~

Monday, January 18, 2010

Satay Ke Currypuff Nie?~~~




hah tengok tu mata die dok pandang makanan.."satay ke currypuff nie"hihi...pandai ke anak mummy nie nak makan GG pun takde lagi..hihihi

Happy Birthday Farishhh ~~~~

yeahhh hepi birthday untuk Farish yang pertama..da masuk setahun da die..teringat mase dia baru lahir 15.01.2009 tahun lepas...ala comel nyer dia..lepas beberapa hari die lahir barula aku konfem pregnant..hihi..so semalam mama farish jemput kami sekeluarga join birthday farish kat Taman Komuniti Cyberjaya..

sementara tunggu Birthday Boy datang..dorang tolong tiup belon...aku just tolong tengok jer..mintak maaf ler si kenit aku tu meragam..pasal mengantuk..



ni dia birthday boy dengan mama die..



farish,mama ngan abah...



kek untuk farish

ini die Farish dengan hadiah dari Mama Dengan Abah ..alamak tak nampak full  la hadiah Farish nie pulak..


"Tepi la andak..kang Farish langgar kang...Ponnn!!!ponn!!!"

Saturday, January 16, 2010

Innalillah~~~~

semalam korang ada tengok berita TV3 pasal xciden kat ampang...seorang lelaki yang kelisa xciden masa nak antar tempahan tempeyek tu..sedih aku tengok..ngan tempeyek terabuh kat situ...hmmm..arwah tu kawan En.Hubby...kami pun selalu order tempeyek kat die..sedap tau tempeyek mak die buat..baru aku ingat nak mintak En.Hubby order tempeyek lagi..tu la kalau da ajal tak kire mane2 tengah buat ape pun kalau tuhan nak amik nyawa tu bile2 mse jer kan..ape2 pun aku doakan supaya arwah ditempatkan dkalangan orang yang beriman..takziah kepada famili arwah..Al-Fatihah..


Friday, January 15, 2010

satu famili kene penyakit~~~

so semalam aku wat en3 pasal Fazreal ngamuk hidung tersumbat..hari nie satu famili kena penyakit yang Fazreal kena ha amik ko..hihi..adik perempuan aku,En.hubby ngan aku2 sekali terkena selesema ngan batuk2..ermmm nasib lar..kena lak ngan aku senang sangat kena penyakit...
igat nak MC tapi malas lak pulak..asyik cuti ngan MC je aku nie..hah konfem next month tak dapat bonusnyer...waaaa T_T....
so tak ape esok da sabtu...kemudian ahad..dan seterusnyer....
dannnnn...yeahhhhh!!!!!!!....isnin depan bersamaan 18 January 2010 fazreal genap 4 bulan da.....

Thursday, January 14, 2010

Tengok tapi jangan gelak~~

Dia Mengamuk lagi~~

semalam..anak kesayangan aku tu mengamuk lagi malam2..adoi..letih aku dok layan kerenah mengamuk die tu..aku pun faham die tak selesa pasal hidung die tersumbat..pastu die pun memang tak bape sihat pun..asik selsema ngan batuk jer..sian anak mummy nie yer...

aku nak bagi makan ubat die tak moh..pasal ubat tu pahit..tergolek terlentang die gara2 kene makan ubat..mule2 aku pelik pasal ape die tak moh makan ubat..bile aku rase rupe2nyer ubat tu pahit..patut la die tak moh..kalau bagi aku pun aku tak moh..tapi fakta yang aku bace ari tu kate baby start boleh rase pahit, masam,masin.manis ngan tawar mase 6 bulan  ke atas..tapi anak aku boleh bezakan rase ni camne lak..hih..

so cara ape lagi yang aku leh buat tak nak bagi hidung die tersumbat..sedut hingus da..sapu vics(betul ka aku eja ni..lantak pi la..)...bagi tinggi kat bantal die pun da...tapi malam2 tetap mengamuk gak..kadang2 nak kena dukung baru nak senyap..aku bukan nak mengeluh pasal die mengamuk..tapi ade mase aku penat sangat..sampai keje pun tak boleh nak fokus..ari tu igat pas chinese new year nak resigned..aleh2 tuan rumah nak jual rumah tu kat kami..so tak jadi la aku nak resigned..kena kumpul duit la dulu..pasal nak beli rumah tu..ermmm..ape2 pun Mummy tetap sayang Fazreal ngan Daddy...Sarang Nge Yooooo!!!



Wednesday, January 13, 2010

Problem yang still tak setel lagi~~~

macam yang aku cerita hari tu pasal rambut aku yang gugur banyak sangat tu..so hari isnin lepas aku da potong pendek rambut aku ala2 Rihanna gitu(Rihanna sangat la..hihi)..sayang gak rambut aku yang panjang tu...tapi nak buat macam mana..ada gak member2 blogger yang bagi tahu pasal shampoo herba..insyallah kalau aku still tak boleh setel kan problem rambut aku..aku akan meng"usha2 balik shampoo herba tu..


 hah lebih kurang camnie la aku potong rambut aku..senang nak jage..hihi

Tuesday, January 12, 2010

perhatian budak hensem nak lalu..


buah hati aku dengan bearbear nyer..

Sunday, January 10, 2010

aku da nk jadi botak???~~~

adoi..satu lagi masalah yang melanda kat diri aku sekarang nie..masalah keguguran rambut yang amat berleluasa..lepas FazReaL masuk dah masuk 3 bulan nie baru aku perasan yang rambut aku sekarang banyak sangat gugur..dulu2 sebelum beranak pun ade gak rambut aku gugur tapi biase2 la 2 3 helai..sekarang kalau aku sikat rambut atau cuci rambut mesti banyak sangat rambut yang gugur...satu rumah aku penuh dengan rambut aku aje..

perlukah aku memotong rambut aku sampai pendek atau aku terus je kasi botak aku punya kepala..huhu..sayangnyer penat aku bela rambut aku sampai panjang..bile da panjang da nak kene potong plak..kate orang tua2 la..bile anak da start menyembur-nyembur air liur die tu..start tu la rambut mak die gugur..bukan pasal hormon ker?..ntah la..ape yang penting sekarang aku nak pergi Yu Nam Hair Care la..hihi..banyak duit aku..Suruh Encik Hubby tolong sponsor la sempena birthday mummy bulan depan..hihi..

Saturday, January 9, 2010

Dengkuran + pretasi= kanak2~~

DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.

Memang ramai kanak-kanak berdengkur yang membabitkan antara tiga hingga 12 peratus kanak-kanak prasekolah. Walaupun berdengkur, tetapi secara umumnya kebanyakan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami gejala lain.

Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12 peratus kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara satu hingga sembilan tahun. Kanak-kanak berdengkur sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dan bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa.

Namun dianggarkan dua peratus daripada kanak-kanak yang berdengkur ini mengalami masalah kerap terjaga ketika tidur (apnea tidur); iaitu satu keadaan yang dianggap antara penyumbang penting kepada masalah kelakuan di kalangan kanak-kanak.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada dengkuran anak anda adalah dengkuran biasa atau apnea tidur? Kanak-kanak yang berdengkur dan tidak mengalami apnea tidur sepatutnya sihat, cergas, tidak mengantuk pada siang hari dan mempunyai corak tidur yang normal. Sebaliknya apnea tidur menyebabkan tidur anak anda terganggu — nafasnya terhenti, mendengus atau tercungap ketika tidur.

Kanak-kanak yang ada masalah ini mungkin mengalami masalah tingkah laku, mengantuk pada siang hari dan sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah.

Punca

Dengkuran pada kanak-kanak boleh disebabkan tiga perkara iaitu:

# Bentuk anatomi — seperti rahang mulut yang kecil atau kanak-kanak berkenaan dilahirkan dengan saluran pernafasan yang kecil.

# Otot dan saraf yang mengawal otot pada saluran pernafasan tidak bergerak seiringan ketika tidur dan menyebabkan saluran pernafasan tidak terbuka sepenuhnya.

# Tonsil dan adenoid bengkak (punca paling lazim)

Mengapa ibu bapa perlu risau jika anak mereka berdengkur?

Dengkuran boleh menjejaskan kualiti tidur anak anda dan lain-lain keadaan yang membabitkan otak dan jantung. Malangnya ada ibu bapa tidak kisah anak mereka berdengkur, malah ‘bangga’ kerana anak mereka ‘seperti orang dewasa kecil yang berdengkur seperti ahli keluarga’.

Dengkuran pada kanak-kanak bukan perkara lucu. Ia menandakan kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah dan dengkuran mereka perlu diperiksa.


Bagaimana dengkuran pada kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa?

Prinsip dengkur pada kanak-kanak hampir sama dengan orang dewasa. Dengkuran adalah bunyi pernafasan yang kuat disebabkan getaran udara yang memasuki saluran pernafasan atas. Secara umumnya ia hanya bunyi. Namun ia juga menandakan adanya rintangan pada saluran pernafasan atas yang bermakna rintangan udara untuk melalui saluran ini adalah tinggi.

Ketika tidur, otot juga berehat sedikit dan ia menyebabkan saluran udara menjadi kecil dan sempit. Namun jumlah udara yang masuk adalah sama, sama ada ketika tidur atau jaga.

Berdengkur juga boleh menjadi petanda kepada masalah lebih serius seperti apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan atas. Kira-kira tiga peratus kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun mengalami masalah ini yang boleh menyebabkan pelbagai keadaan lain.


Perbezaan antara apnea tidur dan sindrom rintangan saluran pernafasan atas

Kanak-kanak yang ada masalah sindrom rintangan saluran pernafasan atas kadangkala terjaga kerana dengkuran terlalu kuat atau dengkuran itu menggunakan banyak tenaga mereka. Namun tahap oksigen dan karbon dioksida dalam darah atau tisu kanak-kanak ini tetap sama seperti orang lain.

Bagi apnea tidur, saluran pernafasan ini kadangkala ‘runtuh’ sehingga menutup saluran pernafasan dan tidak terbuka. Kanak-kanak biasanya terpaksa ‘berjuang’ untuk bernafas kerana udara tidak masuk.

Akibatnya paras gas oksigen berkurang dan karbon dioksida meningkat yang menyebabkan kanak-kanak terjaga untuk bernafas. Ada kanak-kanak yang terjaga 500 hingga 600 kali semalam hanya untuk bernafas dan kembali tidur.


Adakah dengkuran yang kronik pada kanak-kanak berbahaya?

Pakar kesihatan tidak pasti mengenai perkara ini. Berdengkur bukan perkara normal tetapi ia tidak semestinya memerlukan rawatan. Yang pasti, jika anak anda kerap terjaga malam kerana berdengkur, ia menunjukkan dia mengalami masalah apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan yang perlu dirawat.

Risiko apnea tidur

Obesiti adalah faktor risiko paling utama. Jika anda baring dan banyak lemak pada leher, ia menambah tekanan pada tisu yang sudah berehat dan membuatkan saluran pernafasan menjadi lebih kecil.

Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai risiko apnea tidur mempunyai risiko lebih tinggi. Selain itu kanak-kanak Sindrom Down, ada masalah hipotonia (otot lemah) dan mengalami penyakit neuromuskular lebih berisiko tinggi mendapat apnea tidur berbanding kanak-kanak lain.

Pada kanak-kanak alahan, lapisan dalaman hidung akan membengkak menyebabkan adenoid membesar, menyempitkan saluran udara dan menyukarkan mereka bernafas melalui hidung. Sesetengah kanak-kanak asma mengalami masalah ini. Dua masalah boleh berlaku serentak walaupun mempunyai mekanisma berbeza. Bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok juga berisiko tinggi untuk berdengkur.


Kesan berdengkur

Dengkur boleh mendatangkan kesan jangka pendek yang menyebabkan anak anda berasa letih selepas bangun tidur. Daya tumpuannya terhad, sukar menumpukan perhatian, berasa resah gelisah pada waktu pagi dan kerap mengantuk.

Mereka juga mungkin kencing di tilam kerana bagi mereka yang lebih penting ialah keinginan untuk tidur. Ada juga kanak-kanak yang bermimpi buruk.

Oleh kerana tidur mereka terganggu, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah seolah-olah seperti kanak-kanak yang alami gangguan tumpuan dan hiperaktif. Contohnya kanak-kanak yang melawan rasa mengantuk akan berkelakuan hiperaktif, mula mengacau orang lain dan akhirnya meragam.

Keesokan harinya, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian dan duduk diam di dalam bilik darjah. Jika diberi rawatan, masalah hiperaktif ini akan hilang.

Apnea tidur juga menjejaskan pelajaran. Jika tidak cukup tidur, otak tidak mendapat cukup oksigen dan anak anda kehilangan sel otaknya. Dalam tempoh pembangunan minda, keupayaan kognitif kanak-kanak ini akan terjejas.

Dalam kajian beberapa tahun lalu mendapati kanak-kanak yang tidak cukup tidur kurang cemerlang di sekolah. Kajian juga mengesahkan kesan kekurangan tidur ini boleh berlarutan sepanjang hayat kerana IQ kanak-kanak menjadi rendah.

Selain itu paras oksigen rendah juga boleh memberi kesan kepada sistem saraf dan menyebabkan tekanan pada jantung. Lama kelamaan ia mengubah tekanan darah sehingga membuatkan kanak-kanak mengalami tekanan darah tinggi. Pada orang dewasa, keadaan biasanya lebih serius.

Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tabiat makan seseorang. Jika kurang tidur, anda cenderung untuk makan lebih banyak keesokan harinya (terutama makanan mengandungi banyak lemak dan gula).

Jika penat dan tidak bersenam, anda menjadi lebih gemuk dan menyebabkan masalah apnea tidur lebih serius. Ini akhirnya menjadi perangsang kepada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan risiko sakit jantung pada usia yang lebih muda.

Rawatan

Rawatan untuk kanak-kanak berbeza sedikit daripada orang dewasa. Pada orang dewasa, oleh kerana masalah dengkur disebabkan obesiti, rawatan menggunakan mesin CPAP (tekanan saluran udara positif berlarutan) boleh membantu.

Oleh kerana masalah dengkur kanak-kanak berpunca daripada tonsil dan adenoid yang besar, rawatan terbaik ialah menghantar mereka berjumpa pakar bedah telinga, hidung dan tekak. Kira-kira 85 hingga 90 peratus kes berjaya diselesaikan.

Bagaimanapun masalah ini boleh berulang semula apabila mereka dewasa. Kanak-kanak yang jalani pembedahan akan dipantau 24 jam di hospital.

Jika pembedahan tidak berjaya (10 peratus terutama pada kanak-kanak obes), mereka boleh diberi rawatan CPAP atau BIPAP (tekanan positif saluran pernafasan dua paras).

Thursday, January 7, 2010

bukan malas nak update~~

masuk tahun baru nie..aku kurang meng'update' blog aku nie..bukan tak nak update..tapi aku terlalu ke'BZ'an yang amat dasyat...hihhi..disebabkan aku incharge warranty barang2 computer ni..so hari2 pun banyak warranty yang in dan out..mmm..sampai pening kepala otak aku ni ha..

balik rumah nanti da tentu masa yang ada tu aku gunakan sebaik mungkin untuk keluarga aku pulak..terutamanyer buah hati pengarang jantung aku tu..iyela da sehari suntuk kat tempat keje mane la aku ni tak rindu dengan dia..kalau kat tempat keje tu ..pic die pun aku wat wall paper kat desktop aku ni..kalau rindu2 tengok je kat desktop nie..cakap sorang2 ngn desktop ni..

cuti hujung minggu lak.aku nak kemas rumah nak basuh baju lagi nak masak lagi..kalau orang ade jage si kenit aku tu takpe la..kalau tak ada..jenuh aku nak melayan die sambil masak..kang kena minyak panas kang..daddy marah kat mummy nie..aku gak yang kene..

1 lagi sebab pasal kadang2 aku takde idea..nak tulis..hihi..aii..nasib la..kalau dulu pun aku tulis dairi..time ade bende yang penting aje,,tak pun ade bende yang menarik aku nk tulis..selalu aku tengok blog orang yang ber'update ni pun gambar2 dorang pegi jejalan dengan famili dorang..untuk pengetahuan sumer la aku nie bukan orang yang suke berjalan-jalan..kalau aku nak g jejalan pun tak boleh..pasal ape??..pasal laki aku keje ari minggu..kalau die cuti pun kami lebih suke duduk rumah..hihi..save budget..hihi

Tuesday, January 5, 2010

Pampers4free Giveaway


5 januari-5 Februari 2010
ok ...jom join pampers4free giveaway..klu nk join sile Klik DISINI

Syarat2 penyertaan:-

  1. Copy banner kat cni..pastu mcm biase la buat en3 psl giveaway nie..nk letak banner kat side bar blh xnk letak pn xpe kate cik/puan penganjur la..
  2. masukkan link cik/puan penganjur dlm en3 tersebut.
  3. bagitau kt cik/puan penganjur saiz pampers yg dikehendaki..pilih samada size M & L saja.
  4. bile da siap sile tinggal link en3 giveaway di comment box cik/puan penganjur..klu x blh comment kat comment box..pegi tinggal link korg kt chatbox cik/puan penganjur..
  5.  Wajib jadi follower dan add link dalam blog list anda..sebab ini penaja utama kata cik/puan penganjur..so sila klik DISINI untuk pegi ke blog penaja..
 pemenang dipilih melalui cabutan btuah or lucky draw..
dan antara hadiah2 yg disediakan oleh puan penganjur dan penaja ialah:

Hamper mini Pureen I:
1) Pampers size (M), Bedak, Losyen, Baby Oil dan Baby Bath jenama Pureen
2) Pampers size (L), Bedak, Losyen, Baby Oil dan Baby Bath jenama Pureen
 

Hamper mini Pureen II:
1) Bekas botol susu, Pampers size (M), Nappy rash cream dan Bedak jenama Pureen
 

 
Hadiah spesel:
1) CD Printed corak spongebob
 


 
aenareal says:thanx cik/puan penganjur sebab ade giveway..klu menang dpt la rs pampers free..hihhi.

1234~~~


ctik betul number nie...hihihi...

Monday, January 4, 2010

Cutest Baby Photo Contest~~



Antara syarat-syarat contest:

1) Yang Mempunyai Blog

~Jadi follower kami. Sesiapa yang belum menjadi member automatik menjadi member kami

~Sila linkkan blog kami di blog list anda

~Upload sekeping gambar anak anda yang paling comel dan anda suka.

~Sila sertakan sekali nama anak,umur dan nama ibu

~Sila tinggalkan link anda di entry ini

2) Yang Tidak Mempunyai Blog

~Jadi follower kami. Sesiapa yang belum menjadi member automatik menjadi member kami

~Sila hantarkan gambar anak anda melalui email.

~Emailkan ke sweetlovelyshoppe@yahoo.com

~Sila letakkan subject anda sebagai CONTEST

~Sila sertakan sekali nama anak, umur dan nama anda


Tarikh Tutup Peraduan :

20 JANUARI 2010

*Peraduan terbuka kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah*

HADIAH :

Hadiah merupakan Barangan TUPPERWARE Brands.


PEMENANG :


1st prize :

1)Barangan Tupperware Brands

2)Koleksi Baju di blog ini (mengikut jantina dan saiz pemenang-jika tidak bersesuaian akan ditukar kepada hadiah lain)

3)Baucar 15% sweetlovelyshoppe


2nd prize :

1)Koleksi Baju di blog ini (mengikut jantina dan saiz pemenang)

2)Baucar 15% sweetlovelyshoppe


3rd prize:

1)Koleksi Baju di blog ini (mengikut jantina dan saiz pemenang)
2)Baucar 15% sweetlovelyshoppe



3 Consolation Prize:
Baucar 15% sweetlovelyshoppe

Note:Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami..TQ



so picture yg dipertaruhkn ialah:-







  • Muhammad Fazreal Ryan
  • 3bulan ++                       
  • Nurul Ain                        
           sekian Terima Kasih.








A Mini 2010 New Year Paperbag Giveaway~~~



Jom Join Giveaway kat Heart Eco~~~~~



This paperbag giveaway consists of :
- 1 kawaii pencil
- 1 kawaii ruler
- 2 mini wooden clothes peg
- 1 handcarved cupcake stamp stamped on a paper
- 1 DYMO label - handmade
- 3 kawaii decorative paper strips
- 1 pink wavy ribbon
- 1 kawaii eco friendly recycled paper
- 6 colourful heart shaped confetti
- 4 colourful heart shaped paperclips
- 3 silver wired swirl emellishments
- 6 party glass cups confetti
+
It's all in one paperbag!


Interested? This is how you can participate.
1) Be a follower of Heart Eco.
2) Write a post about this giveaway and link back to this post. You are allowed to use this picture for your post.
3) Comment in this post including the link of your post.

Contest period is from 1st January 2010 - 15th January 2010.
Contest is open to Malaysian AND international bloggers and the winner will be chosen based on a lucky draw.
All the best! :)

sape2 nk join contest nie sile klik banner kat my side bar ok..

Saturday, January 2, 2010

My Honey Bee~~~~

ini dia..my Little Honey Bee mse pg 01.01.2010 dgn bju bee die tu..kiut miutnyer ank mummy nie..muat gak akhirnyer bju bee die hah..bju nie aku bli mse aku tgh pregnant 7 bulan time tu aku blik sabah jupe popo c Fazreal nie..da popo sponsor nk bli bju baby mummy sambar je la..hihi



cepat btul ank mummy ni mbesar...

Friday, January 1, 2010

i wish~~~~

HaPpY 
New YeaR>>>>>>>


may god bless u all..amin...
Related Posts with Thumbnails