Followers

Saturday, December 19, 2009

tak berhati perut~~

Hilang lepas belasah isteri hamil





KUALA LUMPUR: Seorang suami yang didakwa membelasah isterinya yang hamil anak sulung mereka tanpa henti selama empat jam, sudah menghilangkan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, berkata lelaki itu menghilangkan diri sebaik memukul isterinya.

“Di manapun dia bersembunyi, kita pasti akan memburunya selain menasihatkan suspek menyerah diri bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan, kita mendapati masalah kewangan antara punca kejadian itu selain daripada percakapan kurang sopan yang digunakan lelaki terbabit.

Difahamkan, kandungan mangsa tidak gugur dan dia kini pulang ke kampung halamannya kerana bimbang perkara sama berulang.

Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu didedahkan Harian Metro semalam apabila lelaki berusia lewat 30-an itu memijak perut isterinya sebaik berlaku pertengkaran antara mereka hanya disebabkan teguran wanita berkenaan supaya suaminya itu tidak menggunakan kata-kata kesat ketika berbicara dengannya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata panas baran sifat syaitan dan ia punca kepada pertengkaran antara pasangan selain diharamkan dalam Islam.

Harussani berkata, sikap panas baran akan mengundang masalah kepada setiap pasangan dan tindakan lelaki itu membelasah isterinya adalah keterlaluan.

“Mana tidaknya, dia sendiri tidak dapat mengawal kemarahannya kerana sudah dikawal syaitan,” katanya.


P/S:-ape la nasib..klu bnde ni jd kat aku la..msti bkecai ati aku.org ppoan ni nmpk lembut di luar tp ddlm keras tau..klu skli tluke sampai bile2 pn dorg igat..

2 comments:

  1. x guna betul laki cam ni...
    tp sy memang pernah dengar....kewangan antara punca terjadinya masalah rumahtangga yg bole bawak kpd penceraiaan....
    moga kita dijauhi perkara2 ini...

    ReplyDelete
  2. betul2 mmg x gune laki cmnie..
    patut humban dlm gaung jer..
    yer dak..hihihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails