Followers

Wednesday, December 30, 2009

kejammmmm!!!keji punya jantan...

19 das bunuh teman wanita dan bayi..





SEATTLE: Seorang lelaki diburu selepas menembak mati teman wanita dan anak mereka kerana kecewa jantina bayi terbabit bukan seperti diharapkannya.

Daniel Hicks dikatakan berang apabila teman wanita yang tinggal bersamanya sejak sembilan tahun lalu, Jennifer Morgan, melahirkan bayi perempuan.

Saksi berkata, Hicks, 29, juga sering bertengkar dengan Jennifer sehingga pada satu ketika, dia dihalau wanita terbabit.

Ibu Jennifer turut mengaku Hicks pernah mengadu kecewa kepadanya kerana tidak mendapat anak lelaki.





Polis berkata, mayat Jennifer dan anaknya, Emma Lyn, tiga bulan, ditemui di tingkat bawah rumah nenek wanita itu yang menjadi kediaman mereka.

Pada mayat Jennifer, polis menemui 12 kesan tembakan, manakala tujuh lagi pada mayat Emma.

Sumber polis berkata, pistol .45 calibre digunakan Hicks diisi peluru sekurang-kurangnya dua kali untuk melepaskan 21 das tembakan.

Katanya, Hicks pernah mengaku kepada rakannya dia mengalami masalah dalam hubungan dengan Jennifer.

“Baru-baru ini, Hicks mengesyaki Jennifer bermain kayu tiga dan Emma bukanlah anak kandungnya,” katanya.

Sejurus membunuh Jennifer dan Emma, Hicks melarikan diri tetapi sempat meninggalkan nota untuk adiknya yang kini bertugas sebagai tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Pada 1983, datuk Hicks, Dean Hicks, membunuh diri selepas menembak mati isterinya, Lona. - Agensi

aEnaReaL Says~~kejamnyer..sampai ati tembak ank sndri 7das ..sebab kecewa xdpt ank llki pastu ank ppoan ko bunuh yer...da mcm zmn jahiliah la plak..

1 comment:

Related Posts with Thumbnails